PENGAMBILAN PERANTIS BAHARU BAGI PROGRAM DKM BIDANG PENGURUSAN MASJID SESI 2023

PRAKATA
 
  • Darul Quran JAKIM telah ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) pada tahun 2015 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
  • Program dilaksanakan secara kerjasama antara Darul Quran JAKIM dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bertempat di Kompleks Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor  selama 8 bulan.
  • Perantis yang berjaya dalam program ini akan mendapat Diploma Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Sijil Perakuan Hafazan daripada Darul Quran JAKIM.
 
SYARAT PERMOHONAN 

Syarat-syarat bagi mereka yang berminat untuk mengikuti Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Bidang Pengurusan Masjid Tahap 4 adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia dan Bumiputera
  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun dan ke atas
  • Mengetahui asas al-Quran dan Fardhu Ain
  • Belum berkahwin
  • Sihat tubuh badan
  • Mampu menulis dan membaca tulisan jawi dengan baik
  • Sekurang-kurangnya mempunyai IQ pada tahap sederhana: dan
  • Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Lulus temu duga.
CARA MEMOHON

KLIK DI SINI 

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan pada 15 Jun 2023.
 
Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan dan sijil berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar secara pos kepada:
 
Pengarah Darul Quran Jakim,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan
u.p.: Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi
 
Atau melalui e-mel kepada:
Subjek: Permohonan Kemasukan ke Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
(Bidang Pengurusan Masjid Tahap 4)

 

 
SESI TEMU DUGA
Sesi temu duga akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh : 20 Jun 2023 (Selasa)
  • Masa : 8.30 pagi
  • Tempat : Bilik VIP, Darul Quran
  • Pakaian : Pakaian sopan

 

MAKLUMAN LANJUT 
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
 
SEKSYEN KEMASUKAN, BIASISWA & GRADUASI
Telefon :  03-60635351 / 03-60635349 / 03-60635374 / 03-60635324 / 03-60635323
Faks     :  03-60645497