PENGAMBILAN PERANTIS BAHARU BAGI PROGRAM SKM BIDANG PENGURUSAN MASJID SESI 2023

PRAKATA
  • Darul Quran JAKIM telah ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) pada tahun 2015 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
  • Program dilaksanakan secara kerjasama antara Darul Quran JAKIM dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bertempat di Kompleks Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor  selama 15 bulan.
  • Perantis yang berjaya dalam program ini akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Sijil Perakuan Hafazan daripada Darul Quran JAKIM.

 

SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat bagi mereka yang berminat untuk mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun dan ke atas
  • Keutamaan diberi kepada mereka yang telah menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya 6 juzuk
  • Mengetahui asas al-Quran dan Fardhu Ain
  • Belum berkahwin dan bersedia untuk tidak berkahwin semasa pengajian
  • Sihat tubuh badan.
  • Tidak mempunyai penyakit kronik.
  • Tidak merokok
  • Berakhlak mulia
  • Sekurang-kurangnya mempunyai intelligence quotient (IQ) pada tahap sederhana
  • Berminat untuk mengikuti program ini
  • Lulus temu duga.

 

CARA MEMOHON

KLIK DI SINI

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
 
 
Tarikh tutup permohonan pada 15 Jun 2023.
 
Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan dan sijil berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar secara pos kepada:
 
Pengarah Darul Quran Jakim,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan
u.p.: Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi
 
Atau melalui e-mel kepada:
Subjek: Permohonan Kemasukan ke Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
(Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3)

 

SESI TEMU DUGA

Sesi temu duga akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 20 Jun 2023 (Selasa)
  • Masa : 8.30 pagi
  • Tempat : Bilik VIP, Darul Quran
  • Pakaian : Pakaian sopan

 

MAKLUMAN LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
 
SEKSYEN KEMASUKAN, BIASISWA & GRADUASI
Telefon :  03-60635351 / 03-60635349 / 03-60635374 / 03-60635324 / 03-60635323
Faks     :  03-60645497

 

Keterangan
BORANG PERMOHONAN SKM.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader