PERMOHONAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM) SIRI 2 2023

DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon menduduki
Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 2 Tahun 2023

 

PENGENALAN

Sijil Tahfiz Malaysia merupakan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi memberi perakuan kepada penghafaz al-Quran di Malaysia.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 17 tahun dan ke atas;
  • Telah menghafaz al-Quran 30 juzuk al-Quran; dan
  • Mengemukakan surat pengesahan/rekod hafazan 30 juzuk dari institusi atau guru tasmi'.

 

YURAN PERMOHONAN
RM150 setiap permohonan

 

CARA MEMOHON
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Darul Quran.
  • Sertakan satu salinan kad pengenalan yang disahkan.
  • Sertakan satu salinan sijil tamat hafazan 30 juzuk / surat pengesahan hafazan 30 juzuk / rekod hafazan 30 juzuk yang telah disahkan.
  • Sertakan Kiriman Wang sebanyak RM150.00 atas nama *PENGARAH DARUL QURAN.
*Borang permohonan yang tidak lengkap serta Kiriman Wang yang dibuat bukan atas nama PENGARAH DARUL QURAN tidak akan diproses.

 

KAEDAH PENILAIAN
  1. Ujian Syafawi al-Quran (30 juzuk).
  2. Ujian Tahriri al-Quran (30 juzuk).
  3. Ujian Bertulis Pengetahuan Agama Islam.

 

PENGANUGERAHAN SIJIL
Calon yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

 

JADUAL PERGERAKAN
 
BIL
PERKARA
TARIKH
1
Iklan STM Siri 2 2023:
Laman sesawang www.darulquran.gov.my
21 Julai 2023
(Jumaat)
2
Tarikh akhir hantar Borang Permohonan STM
30 Ogos 2023
(Jumaat)
3
Tarikh semak kelayakan menduduki peperiksaan (melalui laman sesawang www.darulquran.gov.my)
15 September 2023
(Jumaat)
4
Tarikh peperiksaan
5 Oktober 2023
(Khamis)
5
Tarikh semak keputusan
30 November 2023
(Khamis)
* Tertakluk kepada pindaan

 

 
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan STM, sila hubungi urus setia pada waktu pejabat melalui talian 0360635476 / 0360635457 (Ustazah Suhaida binti Che Samsudin)

Keterangan
Borang Permohonan STM 2023.pdf
Kaedah Penilaian STM.pdf
Maklumat Umum STM.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader